Ahad, 21 Oktober 2012

Haiwan tersayang





Ng Fui Sia
D20112054023


DEFINISI HAIWAN KESAYANGAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, haiwan membawa maksud binatang iaitu makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. Peliharaan pula membawa maksud yang dipelihara. Oleh itu , haiwan peliharaan pula membawa maksud binatang yang dipelihara oleh seseorang.

Haiwan kesayang bermaksud haiwan yang dipelihara di rumah kediaman dengan penuh kasih saying dan suka akan binatang tersebut.

     
 
PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MEMELIHARA HAIWAN KESAYANG

Perkara yang perlu ditimbangkan sebelum memelihara seekor haiwan. Antara perkara yang penting adalah seperti:

1.     Apakah tujuan anda memelihara haiwan?

Anda memelihara haiwan kesayangan sekadar teman bermain atau untuk tujuan pembiakan atau pertandingan.

2.     Adakah anda bersedia untuk hidup bersamanya?

Anda bersedia untuk hidup bersama haiwan kesayangan dengan segala keseronokan dan masalah yang akan ditimbulkan olehnya?

3.     Adakah anda bersedia membelanja segala benda?

Anda bersedia membelanjakan segala apa yang diperlukan untuk memberi makanan dan perlindungan kesihatan yang diperlukan.

4.     Adakah ahli keluarga boleh menerima kehadirannya?

Ahli keluarga dan haiwan lain dalam rumah boleh menerima kehadiran haiwan baru di rumah.

 
KRITERIA PEMILIHAN HAIWAN KESAYANGAN

Haiwan kesayang yang dipilih untuk dipelihara haruslah mempunyai kriteria-kriteria yang berikut:

1.  Seseorang itu mesti mempunyai masa yang lapang untuk menguruskan haiwan peliharaannya.

2.  Haiwan yang dipelihara senang dijaga oleh oleh lain sekiranya pemilik haiwan tersebut tidak di sisinya.

3.  Seseorang itu mesti mempunyai nilai-nilai komersial.

4.  Kos pembelanjaan yang berpatutan dan penjagaan yang senang.

5.  Seseorang itu mesti mempunyai minat yang mendalam terhadap haiwan yang akan dipelahara.

 

MAKANAN HAIWAN KESAYANGAN

Makanan merupakan keperluan asas haiwan kesayangan untuk mengekalkan kesihatan, tumbesaran dan mencegah penyakit. Haiwan semestinya diberi makanan seimbang yang mengandungi nutrient seperti protein, karbohidrat, lemak, garam mineral, vitamin dan lain-lain. Makanan yang diberikan haruslah mencukupi dan bersesuaian dengan jenis haiwan yang disayangi. Selain daripada itu, terdapat jenis-jenis haiwan yang memerlukan makanan tambahan yang terdiri daripada sayur-sayuran hijau. Perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian makanan kepada haiwan kesayang amatlah penting .

  

 

 




   




   
 

    
         
KEPERLUAN DALAM PERUMAHAN HAIWAN TERSAYANG

Sistem  perumahan yang selesa dan sesuai dapat mengurangkan tekanan pada haiwan tersayang di samping itu membantu mengelakkan serangan penyakit ke atas haiwan tersebut.

Semasa menyediakan tempat tinggal haiwan kesayang, factor-faktor yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

1.  Ruang tempat tinggalnya yang sesuai dan selesa.

2.  Ruang pengudaraan yang mencukupi untuk mengelakkan bau najis dan kencing.

3.  Ruang makan, minum yang sesuai.

4.  Terlindung daripada kepanasan, kesejukkan, hujan dan keggangguan persekitaran atau orang ramai.

 

6 ulasan:

  1. Melalui maklumat ini , saya dapat memilih haiwan yang tepat , terima kasih .

    BalasPadam
  2. Ramai orang suka memelihara haiwan tetapi kurang pengetahuan tentang haiwan kesayangan mereka, maklumat ini berguna kepada mereka, termasuklah saya...

    BalasPadam
  3. Kita hendak memelihara haiwan juga perlu menjaga kesihatan dan kebersihan haiwan. Maklumat yang memanfaatkan!!

    BalasPadam
  4. Terima kasih kerana memberi maklumat yang berharga ini.

    BalasPadam